Akta Makanan Haiwan 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian VI · Penguatkuasaan
38. Kuasa Lembaga untuk menghendaki maklumat mengenai makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan
Feedback & support(1)
Lembaga boleh menghendaki mana-mana orang yang menjalankan apa-apa aktiviti yang melibatkan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan supaya mengemukakan kepada Lembaga, dalam masa yang ditetapkan dalam suatu notis, apa-apa maklumat berkaitan dengan makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan itu.
(2)
Mana-mana orang yang tidak mengemukakan maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga di bawah subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 30