Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2019Read it in English

Bahagian VI · Penguatkuasaan

35. Perakuan analisis

Feedback & support
(1)

Suatu perakuan analisis yang ditandatangani oleh seorang juruanalisis hendaklah, apabila dikemukakan oleh Pendakwa

Raya dalam mana-mana perbicaraan di bawah Akta ini, menjadi keterangan yang mencukupi mengenai fakta yang dinyatakan dalam perakuan itu melainkan jika tertuduh menghendaki supaya juruanalisis itu dipanggil sebagai seorang saksi, dan dalam hal itu dia hendaklah memberikan notis bertulis kepada Pendakwa

Raya tidak kurang daripada tiga hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.

(2)

Jika Pendakwa Raya berhasrat untuk memberikan apa-apa perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) sebagai keterangan dia hendaklah menyerahkan suatu salinan perakuan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.

Report