Akta Makanan Haiwan 2009 · Updated to 1 Sep 2019 · Bahagian VI · Penguatkuasaan
32. Kuasa untuk mengambil sampel
Feedback & support(1)
Seorang pegawai diberi kuasa boleh meminta, memilih, mengambil atau mendapatkan sampel apa-apa makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan bagi maksud penganalisisan tanpa bayaran daripada mana-mana orang yang mengimport, membuat, mengedarkan, menjual, menggunakan atau memiliki makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan itu, atau ejen atau pekhidmatnya yang daripadanya makanan haiwan atau bahan tambahan makanan haiwan itu didapatkan.
(2)
Tatacara bagi pengambilan dan berurusan dengan sampel hendaklah sebagaimana yang ditetapkan.
Undang-Undang Malaysia 28