Akta Perkhidmatan Bomba 1988 · Updated to 1 Apr 2023 · Bahagian III · Penghapusan Bahaya Kebakaran
10. Kesalahan tidak mematuhi notis menghapuskan bahaya kebakaran
Feedback & supportMana-mana orang yang tidak mematuhi apa-apa kehendak notis menghapuskan bahaya kebakaran yang disampaikan kepadanya menurut seksyen 8 dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu, sama ada suatu perintah di bawah seksyen 13 telah dibuat berkenaan dengannya atau tidak, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan denda tambahan sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Perkhidmatan Bomba 21