Akta Perkhidmatan Bomba 1988 · Updated to 1 Apr 2023 · Bahagian III · Penghapusan Bahaya Kebakaran
11. Kuasa Ketua Pengarah untuk menghapuskan bahaya kebakaran apabila notis menghapuskan bahaya kebakaran tidak dipatuhi
Feedback & supportJika suatu notis menghapuskan bahaya kebakaran telah disampaikan kepada mana-mana orang menurut seksyen 8 dan jika orang itu tidak mematuhi apa-apa kehendak notis itu dalam masa yang dinyatakan di dalamnya, Ketua Pengarah boleh menyebabkan supaya dijalankan dalam premis itu apa-apa kerja yang didapatinya perlu untuk menghapuskan bahaya kebakaran itu dan untuk mencegah berulangnya bahaya itu.