Akta Perkhidmatan Bomba 1988 · Updated to 1 Apr 2023 · Bahagian III · Penghapusan Bahaya Kebakaran
18. Kuasa Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan semasa kebakaran
Feedback & supportSemasa sesuatu kebakaran, seseorang Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan boleh—
mengambil apa-apa langkah yang didapatinya perlu atau suai manfaat bagi melindungi nyawa dan harta;
Perkhidmatan Bomba 25
mengeluarkan mana-mana orang yang dengan kehadirannya atau tindakannya mengganggu operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat;
memasuki, memecah masuk atau merempuh masuk, dan mengambil milikan atau merobohkan, atau menyebabkan supaya diambil milikan atau dirobohkan, mana-mana premis, tempat atau benda bagi maksud memadamkan kebakaran itu atau melindungi premis, tempat atau benda itu daripada kebakaran itu, atau bagi menyelamatkan mana-mana orang atau apa-apa benda;
menutup mana-mana jalan yang berhampiran dengan tempat kebakaran itu atau mengawal lalu lintas atau orang ramai di mana-mana jalan itu;
menggunakan mana-mana bekalan air yang sesuai;
mengeluarkan atau mengarahkan pemindahan bahan mudah terbakar, letupan atau berbahaya di dalam atau di sekitar premis;
menutup atau memutuskan atau mengarahkan mana-mana orang yang mempunyai kawalan untuk menutup atau memutuskan apa-apa bekalan tenaga termasuk bekalan gas, bekalan bahan api atau bekalan elektrik di dalam atau di sekitar premis; dan
mengeluarkan, dengan paksa jika perlu, mana-mana kenderaan atau objek yang menghalang kerja Jabatan
Bomba dan Penyelamat.
Kuasa yang diberikan oleh subseksyen (1) boleh dijalankan setakat yang perlu jika suatu kebakaran telah dengan munasabahnya dipercayai terjadi atau berlaku.
Bagi maksud perenggan (1)(e), tiada bayaran boleh dikenakan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa air kepada Jabatan
Bomba dan Penyelamat bagi penggunaan air dalam menjalankan tugas mereka di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 26
Kuasa untuk mendapatkan maklumat 18a. (1) Bagi maksud perenggan 5(1)(b), seorang Pegawai Bomba boleh, melalui notis secara bertulis yang disampaikan kepada seseorang, menghendaki orang itu—
untuk memberikan semua maklumat yang berhubungan dengan kebakaran; dan
untuk hadir di hadapan seorang Pegawai Bomba untuk memberikan pernyataan lisan dan Pegawai Bomba hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah penyataan lisan itu ke dalam bentuk bertulis.
Mana-mana orang yang tidak mematuhi subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.