Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2023Read it in English

Bahagian III · Penghapusan Bahaya Kebakaran

15. Pelupusan harta yang dipindahkan oleh Ketua Pengarah

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah, dalam menghapuskan atau melakukan apa-apa yang perlu untuk mencegah berulangnya bahaya kebakaran, boleh memindahkan apa-apa harta yang secara langsung boleh menyebabkan bahaya kebakaran.

(2)

Apa-apa harta yang dipindahkan di bawah subseksyen (1)

boleh diletakkan di bawah jagaan Ketua Pengarah bagi tempoh yang tidak melebihi tujuh hari yang dalam tempoh itu pemunya hendaklah berhak untuk menuntut harta itu apabila dibayar perbelanjaan yang dilakukan oleh Ketua Pengarah.

(3)

Apabila pemunya tidak membuat tuntutan, Ketua Pengarah boleh memohon kepada mahkamah bagi suatu perintah untuk menjual atau melupuskan harta itu.

(4)

Wang yang didapati daripada penjualan apa-apa harta boleh disimpan oleh Ketua Pengarah dan digunakan untuk membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan olehnya berkaitan dengan penghapusan, atau pencegahan berulangnya, bahaya kebakaran itu, dan lebihannya, jika ada, hendaklah dibayar kepada pemunya harta itu.

Report

Bahagian IV

Air dan Pili Bomba

Bahagian V

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Siasatan Tentang Kebakaran

Bahagian VIII

Kumpulan Wang Kebajikan

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules