Akta Perkhidmatan Bomba 1988 · Updated to 1 Apr 2023 · Bahagian III · Penghapusan Bahaya Kebakaran
13. Perintah tutup
Feedback & supportJika suatu notis menghapuskan bahaya kebakaran telah disampaikan kepada mana-mana orang, sekiranya—
orang itu tidak mematuhi apa-apa kehendak notis itu dalam masa yang dinyatakan di dalamnya; dan
bahaya kebakaran itu, walaupun telah dihapuskan sejak penyampaian notis itu, mungkin pada pendapat Ketua
Pengarah akan berulang di dalam premis yang sama,
Undang-Undang Malaysia 22
dan Ketua Pengarah berpendapat bahawa adalah perlu untuk melarang apa-apa penggunaan premis itu yang boleh secara materialnya meningkatkan kemungkinan berlakunya kebakaran atau bahaya kepada nyawa atau harta akibat daripada berlakunya kebakaran di dalam atau ke atas premis itu atau premis lain,
Ketua Pengarah boleh, dengan cara suatu aduan, memohon kepada mahkamah bagi suatu perintah tutup.
Apabila aduan dan permohonan bagi perintah tutup di bawah subseksyen (1) diterima, mahkamah hendaklah menyampaikan notis dalam Borang C dalam Jadual Pertama kepada pemunya atau penghuni premis itu, atau kedua-duanya, meminta mereka menunjukkan sebab kenapa suatu perintah tutup tidak patut dibuat;
dan jika sebabnya tidak ditunjukkan oleh sama ada pemunya atau penghuni itu atau kedua-duanya, mahkamah boleh membuat perintah sedemikian.
Sesuatu perintah tutup hendaklah dalam Borang D dalam
Jadual Pertama dan hendaklah disampaikan kepada kedua-dua pemunya dan penghuni premis yang berkenaan.
Atas permohonan pemunya atau penghuni premis, atau apabila diberitahu oleh Ketua Pengarah, mahkamah, jika berpuas hati bahawa premis yang berkenaan dengannya suatu perintah tutup sedang berkuat kuasa telah menjadi sesuai untuk kegunaan yang dinyatakan dalam perintah itu, boleh membatalkan perintah tutup itu.
Mana-mana orang yang tanpa alasan yang munasabah dengan disedarinya melanggar suatu perintah tutup melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan boleh juga dikenakan denda tambahan sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.