Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2023Read it in English

Bahagian III · Penghapusan Bahaya Kebakaran

17. Mendapatkan kembali perbelanjaan yang dilakukan dalam menjalankan kerja di bawah seksyen 12

Feedback & support
(1)

Perbelanjaan yang dilakukan oleh Ketua Pengarah dalam menjalankan apa-apa kerja di bawah seksyen 12 hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan dan boleh didapatkan kembali di mahkamah—

(a)

daripada orang yang disebabkan perbuatan, kemungkiran atau pembiarannya bahaya kebakaran itu timbul atau berterusan, jika dia ialah penghuni premis itu pada masa kerja itu dimulakan;

(b)

jika orang yang disebabkan perbuatan, kemungkiran atau pembiarannya bahaya kebakaran itu timbul atau berterusan bukannya penghuni premis itu pada masa kerja itu dimulakan atau tidak diketahui, daripada pemunya premis itu; atau

(c)

jika pemunya premis itu tidak dapat ditentukan atau dijumpai dengan mudah atau tidak berada di Malaysia, daripada penghuni premis itu pada masa kerja itu dimulakan tanpa mengira sama ada dia ialah orang yang disebabkan perbuatan, kemungkiran atau pembiarannya bahaya kebakaran itu timbul atau berterusan.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menjejaskan apa-apa hak orang yang daripadanya perbelanjaan boleh didapatkan kembali di bawah subseksyen (1) boleh ada pada apa-apa sumbangan, tanggung rugi atau ganti rugi daripada mana-mana orang lain.

Report

Bahagian IV

Air dan Pili Bomba

Bahagian V

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Siasatan Tentang Kebakaran

Bahagian VIII

Kumpulan Wang Kebajikan

Bahagian IX

Pelbagai

Schedules