Akta Perkhidmatan Bomba 1988 · Updated to 1 Apr 2023 · Bahagian IX · Pelbagai
51. Pegawai Bomba Sukarela dalam melaksanakan tugasnya
Feedback & supportMana-mana orang yang dengan sengaja mencaci, mengamang, mengacau, menggalang, menghalang atau mengganggu mana-mana
Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan atau Pegawai Bomba
Sukarela yang bertindak dalam melaksanakan tugasnya atau mana-mana orang lain yang membantu Jabatan Bomba dan
Penyelamat di bawah arahan tertentu seorang Pegawai Bomba melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.