Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2023Read it in English

Bahagian IX · Pelbagai

61. Penyampaian notis dan dokumen lain

Feedback & support
(1)

Suatu notis atau dokumen lain boleh disampaikan kepada seseorang atau suatu badan bagi maksud Akta ini—

(a)

dengan menghantar notis atau dokumen itu kepada orang itu; atau

(b)

dengan menghantar notis atau dokumen itu—

(i)

ke tempat tinggal atau tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui orang itu, kepada pekhidmatnya atau anggota keluarganya yang dewasa; atau

(ii)

ke pejabat berdaftar badan itu atau ke tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui badan itu, kepada pekhidmat atau ejennya; atau

(c)

dengan meninggalkan notis atau dokumen itu di dalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang atau badan itu—

(i)

di tempat tinggal atau tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui orang itu;

Undang-Undang Malaysia 48

(ii)

di pejabat berdaftar badan itu atau di tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui badan itu; atau

(d)

dengan menghantar notis atau dokumen itu secara pos berdaftar prabayar kepada orang atau badan itu—

(i)

ke tempat tinggal atau tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui orang itu; atau

(ii)

ke pejabat berdaftar badan itu atau ke tempat perniagaan yang biasa atau yang terakhir diketahui badan itu.

(2)

Jika nama atau alamat mana-mana pemunya atau penghuni premis yang kepadanya apa-apa notis atau dokumen lain seperti yang disebut terdahulu hendaklah disampaikan tidak dapat ditentukan selepas suatu siasatan yang munasabah oleh orang yang hendak menyampaikan notis atau dokumen itu, notis atau dokumen itu boleh disampaikan dengan mengalamatkannya kepada orang yang kepadanya notis atau dokumen itu hendaklah disampaikan dengan perihalan “pemunya” atau “penghuni” premis

(dengan memperihalkannya) yang berhubung dengan notis atau dokumen itu, dan dengan menghantarserahkannya kepada mana-mana orang yang bertanggungjawab yang tinggal atau berupa tinggal di premis itu, atau, jika tiada orang yang sedemikian yang kepadanya notis atau dokumen itu boleh dihantarserahkan, dengan meletakkan notis atau dokumen itu atau salinannya di mana-mana bahagian premis itu yang mudah dilihat.

(3)

Suatu notis atau dokumen yang disampaikan melalui pos berdaftar prabayar di bawah perenggan (1)(d) hendaklah disifatkan telah disampaikan pada masa surat yang mengandungi notis atau dokumen itu dihantar serah dalam perjalanan biasa pos; dan menjadi bukti penyampaian yang cukup bahawa surat itu telah dialamatkan dengan sepatutnya mengikut perenggan itu dan telah diposkan; tetapi jika surat itu dipulangkan melalui pos tidak dihantar, notis atau dokumen itu hendaklah disifatkan telah tidak disampaikan.

(4)

Dalam seksyen ini, “badan” termasuklah suatu pertubuhan perbadanan atau perkongsian.

Perkhidmatan Bomba 49

Kewajipan untuk memberitahu apabila berlaku kebakaran 61a. Apabila berlaku kebakaran ke atas mana-mana premis, kenderaan atau vesel, pemunya premis, kenderaan atau vesel itu, atau penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan keseluruhan ke atas premis itu, hendaklah dengan serta-merta memberitahu berlakunya kebakaran itu kepada balai bomba yang terdekat.

Report