Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2023Read it in English

Bahagian IX · Pelbagai

59. Mengkompaun kesalahan

Feedback & support
(1)

Ketua Pengarah atau mana-mana Pegawai Bomba yang diberi kuasa olehnya secara bertulis boleh mengkompaun apa-apa kesalahan yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabahnya melakukan kesalahan sedemikian sejumlah wang yang tidak melebihi lima ratus ringgit:

Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah atau pegawai yang diberi kuasa sedemikian tidak boleh menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini melainkan jika orang itu mengaku secara bertulis bahawa dia telah melakukan kesalahan itu dan meminta Ketua

Pengarah atau pegawai itu mengendalikan kesalahan itu di bawah seksyen ini.

Perkhidmatan Bomba 47

(2)

Apabila apa-apa jumlah wang itu dibayar, orang yang disyaki dengan munasabahnya telah melakukan sesuatu kesalahan, jika dalam tahanan, hendaklah dibebaskan dan tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang itu.

Report