Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2023Read it in English

Bahagian IX · Pelbagai

63. Pemansuhan

Feedback & support
(1)

Bahagian X Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]

dimansuhkan.

(2)

Enakmen Perkhidmatan Bomba Negeri Sabah

[En. 12 tahun 1971] dimansuhkan.

Perkhidmatan Bomba 51

Jadual Pertama

BORANG A

[Subseksyen 8(1)]

Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran

Kepada...........................................

.......................................................

.......................................................

Sila Ambil Perhatian bahawa *Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, setelah berpuas hati tentang adanya di ........................................................................

(premis)

suatu bahaya kebakaran iaitu ..........................................................................,

(perihalkan bahaya kebakaran itu)

dengan ini, menurut subseksyen 8(1) Akta Perkhidmatan Bomba 1988, menghendaki tuan, dalam masa .........................................dari penyampaian notis ini, (1) menghapuskan bahaya kebakaran itu dan bagi maksud itu hendaklah

...............................................................................................................................

...............................................................................................................................

(nyatakan kerja yang hendaklah dilaksanakan)

dan (2)** melakukan apa jua yang perlu bagi mencegah berulangnya bahaya kebakaran itu dan bagi maksud itu hendaklah...............................................................

..........................................................................................................................

(nyatakan kerja yang hendaklah dilaksanakan)

Sila Ambil Perhatian bahawa jika tuan tidak mematuhi apa-apa kehendak notis ini dalam masa yang dinyatakan, tuan melakukan suatu kesalahan yang baginya, apabila disabitkan, tuan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan dikenakan denda tambahan sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Bertarikh pada........... hari bulan ................. 20...........

.......................................................................

(Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat)

* “atau mana-mana Pegawai Bomba yang telah diwakilkan kuasa kepadanya oleh Ketua Pengarah”.

** Potong jika tidak perlu.

Undang-Undang Malaysia 52

BORANG B

[Subseksyen 8(2)]

Notis Menghapuskan Bahaya Kebakaran Berikutnya

Kepada...........................................

.......................................................

.......................................................

Sila Ambil Perhatian bahawa *Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, setelah berpuas hati bahawa bahaya kebakaran yang bagi menghapuskannya suatu notis menghapuskan bahaya kebakaran bertarikh.................................

hari bulan ............................ telah disampaikan kepada tuan ** [dan yang telah pun dihapuskan sejak itu] mungkin akan berulang lagi di ..........................................

.............................................................................................................................. ,

(premis)

dengan ini, menurut subseksyen 8(2) Akta Perkhidmatan Bomba 1988, menghendaki tuan, dalam masa .............................. dari penyampaian notis ini, melakukan apa jua yang perlu bagi mencegah berulangnya bahaya kebakaran itu dan bagi maksud itu hendaklah .....................................................................

.........................................................................................................................

(nyatakan kerja yang hendaklah dilaksanakan)

Sila Ambil Perhatian Bahawa jika tuan tidak mematuhi apa-apa kehendak notis ini dalam masa yang dinyatakan, tuan melakukan suatu kesalahan yang baginya, apabila disabitkan, tuan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan dikenakan denda tambahan sebanyak satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Bertarikh pada ....... hari bulan ...............20........

...................................................................

(Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat)

*“atau mana-mana Pegawai Bomba yang telah diwakilkan kuasa kepadanya oleh Ketua Pengarah”.

**Potong jika bahaya kebakaran belum lagi dihapuskan.

Perkhidmatan Bomba 53

BORANG C

[Subseksyen 13(2)]

Notis untuk Memberikan Sebab

Report

Schedules