Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2023Read it in English

Bahagian IX · Pelbagai

54. Pemalsuan dokumen, pernyataan palsu, dsb

Feedback & support

Mana-mana orang yang—

(a)

dengan niat untuk memperdaya, membuat atau memalsukan sesuatu perakuan bomba atau ada dalam milikannya suatu perakuan bomba tanpa kebenaran; atau

(b)

semasa permohonan bagi perakuan bomba, membuat apa-apa pernyataan atau memberikan apa-apa maklumat yang diketahuinya sebagai palsu dalam butir material atau dengan melulu membuat apa-apa pernyataan atau memberikan apa-apa maklumat yang nyata palsu; atau

(c)

berupa sebagai mematuhi apa-apa kewajipan untuk memberikan maklumat di bawah Akta ini, memberikan apa-apa maklumat yang diketahuinya sebagai palsu dalam butir material atau dengan melulu memberikan apa-apa maklumat yang nyata palsu; atau

(d)

membuat apa-apa catatan yang diketahuinya sebagai palsu dalam butir material dalam apa-apa daftar, buku, notis atau dokumen lain yang dikehendaki disimpan, disampaikan atau diberikan di bawah Akta ini, melakukan suatu kesalahan.

Report