Akta Perkhidmatan Bomba 1988 · Updated to 1 Apr 2023 · Bahagian IX · Pelbagai
62. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan tujuan dan peruntukan Akta ini dengan lebih baik, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan terdahulu, bagi semua atau mana-mana perkara yang berikut:
mengawal selia pengilangan, penjualan, pemasangan, pengujian, penservisan dan pengecasan semula kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran;
menetapkan jenis, tempat dan pengujian kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran yang digunakan di dalam mana-mana premis;
mengawal selia penubuhan pasukan bomba di organisasi persendirian, institusi pendidikan dan organisasi sukarela;
mengawal selia penubuhan, tugas dan kuasa pasukan bomba sukarela;
mengawal selia penubuhan, tugas dan kuasa organisasi keselamatan kebakaran di premis ditetapkan;
menetapkan pakaian seragam, tanda pangkat, kad pengenalan diri dan keperluan yang hendaklah dibekalkan kepada
Pegawai Bomba, Pegawai Bomba Bantuan dan Pegawai
Bomba Sukarela;
mengadakan peruntukan bagi semua perkara yang berhubungan dengan Pegawai Bomba Bantuan dan
Pegawai Bomba Sukarela, termasuk tugas, kuasa, elaun dan pampasan mereka;
menetapkan tatalaku bagi Pegawai Bomba;
Undang-Undang Malaysia 50
melarang, menyekat atau mengawal pembakaran hutan, belukar atau tumbuhan-tumbuhan lain di mana-mana kawasan oleh mana-mana orang;
mengawal selia semua perkara yang berhubungan dengan keselamatan kebakaran dan langkah berjaga-jaga kebakaran;
melarang, menyekat atau mengawal pembakaran bahan mudah terbakar;
mengawal selia pengangkutan, penggunaan, pengendalian atau penstoran bahan mudah terbakar;
menetapkan fi yang kena dibayar di bawah peruntukan
Akta ini;
menetapkan perkara yang boleh atau dikehendaki ditetapkan;
menetapkan kesalahan di bawah Akta ini yang boleh dikompaun, tatacara yang hendaklah diikuti dan borang yang hendaklah digunakan semasa mengkompaun;
mengawal selia pentadbiran Kumpulan Wang Kebajikan
Jabatan Perkhidmatan Bomba.
Menteri boleh, dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1), menetapkan penalti denda yang tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya kerana pelanggaran mana-mana peruntukan peraturan-peraturan itu dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, sejumlah wang yang tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap hari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.