Skip to content

Seksyen 26

Penyitaan barang yang menjadi subjek sesuatu kesalahan

of Akta Zon Bebas 1990

ActIn forceProvision 32 of 65
Seksyen 26
(1)

Semua barang yang berkenaan dengannya apa-apa kesalahan telah, atau ada sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa apa-apa kesalahan telah, dilakukan terhadap atau apa-apa

28

Undang-Undang Malaysia perlanggaran terhadap, Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 atau Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau apa-apa perlanggaran terhadap apa-apa sekatan atau syarat yang tertakluk padanya apa-apa lesen, permit atau kebenaran yang telah diberi di bawah mana-mana undang-undang itu, bersama-sama dengan apa-apa bekas, bagasi, bungkusan, kenderaan, vesel (tidak melebihi daripada satu ratus lapan puluh dua tan bersih berdaftar), atau pesawat udara selain daripada pesawat udara yang digunakan bagi pengangkutan antarabangsa, yang mana barang itu mungkin dijumpai atau digunakan berkaitan dengan kesalahan atau perlanggaran itu, dan apa-apa buku atau dokumen yang dengan munasabahnya dipercayai sebagai mempunyai kaitan terhadap kes itu, boleh disita oleh mana-mana pegawai kastam dalam suatu zon bebas.

(2)

Semua barang dan bekas, bagasi, bungkusan, kenderaan, vesel atau pesawat udara itu hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan, diserahkan ke dalam jagaan seorang pegawai kastam yang hak yang tugasnya adalah untuk menerimanya.

(3)

Apabila apa-apa barang, bekas, bagasi, kenderaan, vesel atau pesawat udara disita di bawah Akta ini, pegawai yang menyitanya itu hendaklah dengan serta-merta memberi kepada pemunyanya, jika diketahui, notis bertulis tentang penyitaan itu serta alasan sama ada dengan menyerahkan notis itu kepadanya sendiri atau melalui pos di tempat kediamannya, jika diketahui:

Dengan syarat bahawa notis itu tidaklah dikehendaki diberi jika penyitaan itu dibuat ke atas orang itu, atau di hadapan pesalah atau pemunya atau ejennya, dan, dalam hal sesebuah vesel atau pesawat udara, di hadapan nakhoda atau juruterbangnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(3A)

Jika oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya tidak praktikal untuk mengeluarkan apa-apa barang, bekas, bungkusan, bagasi, kenderaan, vesel atau pesawat udara yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu boleh, dengan apa-apa cara, mengelak barang, bekas, bungkusan, bagasi, kenderaan, vesel atau pesawat udara itu, atau premis atau tempat yang di dalamnya barang, bekas, bungkusan, bagasi, kenderaaan, vesel atau pesawat udara itu dijumpai.

Zon Bebas 29

(3B)

Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (3A) atau mengeluarkan apa-apa barang, bekas, bungkusan, bagasi, kenderaan, vesel atau pesawat udara yang dilak itu, atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.

(4)

Peruntukan seksyen ini yang berhubungan dengan penyitaan barang hendaklah terpakai bagi semua kandungan apa-apa bungkusan atau bekas yang disita dan bagi apa-apa artikel yang digunakan untuk menyembunyikan kandungan itu.

(5)

Peruntukan seksyen ini yang berhubungan dengan penyitaan mana-mana vesel atau pesawat udara hendaklah terpakai juga bagi takal, kelengkapan dan perkakas vesel atau pesawat udara itu.

(6)

Peruntukan seksyen ini yang berhubungan dengan penyitaan kenderaan hendaklah terpakai bagi semua kelengkapannya.