Skip to content

Seksyen 23A

Akses kepada maklumat berekod atau data berkomputer

of Akta Zon Bebas 1990

ActIn forceProvision 29 of 65
Seksyen 23A
(1)

Mana-mana pegawai kastam yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 20A, 21, 22 dan 23 hendaklah diberi akses kepada apa-apa maklumat berekod atau data berkomputer, sama ada disimpan dalam komputer atau selainnya.

26

Undang-Undang Malaysia

(2)

Sebagai tambahan, seseorang pegawai kastam yang menjalankan kuasanya di bawah seksyen 20A, 21, 22 dan 23—

(a)

boleh memeriksa dan meneliti pengendalian mana-mana komputer dan apa-apa perkakas atau bahan yang berkaitan yang dia mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki digunakan atau telah digunakan berkaitan dengan maklumat atau data itu; dan

(b)

boleh menghendaki—

(i)

orang yang pegawai kastam itu mempunyai sebab yang munasabah untuk mengesyaki menggunakan atau telah menggunakan komputer itu atau yang bagi pihaknya komputer itu digunakan atau telah digunakan sedemikian; atau

(ii)

orang yang menjaga, atau selainnya terlibat dalam, pengendalian komputer, perkakas atau bahan itu, supaya memberinya bantuan yang munasabah sebagaimana yang dikehendaki olehnya bagi maksud seksyen ini.

(3)

Bagi maksud subseksyen (1), “akses” termasuklah diberi kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang diperlukan untuk membolehkan maklumat berekod atau data berkomputer itu difahami.