Skip to content

Seksyen 23

Pegawai kastam boleh menahan dan menggeledah kenderaan

of Akta Zon Bebas 1990

ActIn forceProvision 28 of 65
Seksyen 23
(1)

Mana-mana pegawai kastam boleh menahan dan memeriksa mana-mana kenderaan dalam suatu zon bebas bagi maksud menentukan sama ada apa-apa barang yang mungkin menjadi subjek sesuatu kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 atau

Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya ada terkandung di dalamnya, dan orang yang mengawal atau menjaga kenderaan itu hendaklah jika dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai itu menghentikan kenderaan itu dan membenarkan pegawai itu memeriksanya atau memindah kenderaan itu ke suatu tempat lain untuk pemeriksaan, dan tidak boleh meneruskan perjalanan sehingga kebenaran bagi berbuat demikian itu telah diberi oleh pegawai itu.

(2)

Orang yang mengawal atau menjaga mana-mana kenderaan yang diberhentikan untuk pemeriksaan di bawah subseksyen (1)

hendaklah jika dikehendaki oleh pegawai kastam itu membuka semua bahagian kenderaan itu untuk pemeriksaan oleh pegawai itu dan hendaklah mengambil semua langkah yang perlu untuk membolehkan pemeriksaan itu dibuat sebagaimana dianggap perlu oleh pegawai itu.