Akta Zon Bebas 1990 · Updated to 15 Dec 2025 · Bahagian IV · Kesalahan, Penalti, Penggeledahan, Penyitaan, Tangkapan dan Peruntukan Mengenai Perbicaraan dan Prosiding
30B. Keterangan ejen provokasi boleh diterima
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tiada ejen provokasi boleh dianggap tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini jika cubaan untuk bersubahat atau persubahatan itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu.
Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan ejen provokasi itu ialah seorang pegawai kastam atau pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis, yang dibuat kepada ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.
Zon Bebas 35