Seksyen 39
Mahkamah hendaklah memerintah pelucuthakan dan pelupusan barang yang disita
Suatu perintah bagi melucuthakkan atau bagi melepaskan apa-apa benda yang boleh dilucuthak di bawah peruntukan Akta ini hendaklah dibuat oleh Mahkamah yang dihadapannya pendakwaan tentangnya telah diadakan, dan suatu perintah bagi melucuthak barang itu hendaklah dibuat jika dibuktikan dengan memuaskan hati
Mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan bahawa barang itu adalah hal-perkara, atau digunakan dalam melakukan, kesalahan itu walaupun tiada seorang pun mungkin disabitkan atas kesalahan itu.
(2)
Mahkamah hendaklah memerintah pelucuthakan—
(a)
dalam hal barang yang dipulangkan di bawah perenggan 27(1)(b) dan kemudiannya dilupuskan oleh pemunyanya atau oleh orang yang kepadanya ia dipulangkan, amaun yang dicagarkan di bawah perenggan itu;
(b)
dalam hal barang yang dijual menurut perenggan 25(1)(c), amaun yang dihasilkan dari jualan itu, jika ia dibuktikan dengan memuaskan hati Mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan dan harta alih berkenaan dengan mana amaun itu dicagarkan atau dihasilkan oleh jualan, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah hal perkara atau digunakan dalam melakukan
40
Undang-Undang Malaysia kesalahan itu walaupun tiada seorang pun mungkin disabitkan atas kesalahan itu.
(3)
Semua benda yang dilucuthak hendaklah diserahkan kepada pegawai kastam yang hak dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan
Ketua Pengarah.