Akta Zon Bebas 1990 · Updated to 15 Dec 2025 · Bahagian IV · Kesalahan, Penalti, Penggeledahan, Penyitaan, Tangkapan dan Peruntukan Mengenai Perbicaraan dan Prosiding
35. Perlindungan bagi pegawai kastam daripada liabiliti
Feedback & supportTiada seorang pegawai kastam pun atau orang lain yang diambil kerja oleh Kerajaan yang berkaitan dengan kastam boleh bertanggungan untuk membayar apa-apa kerugian yang dialami berkenaan dengan apa-apa barang kerana kebakaran, kecurian, kerosakan atau sebab-sebab lain semasa barang itu berada di dalam mana-mana gudang kastam atau dalam jagaan atau kawalan sah pegawai itu atau mana-mana pegawai kastam lain atau orang yang diambil kerja berkaitan dengan kastam melainkan jika kerugian itu disebabkan oleh kecuaian bersengaja atau keingkarannya.