Skip to content

Seksyen 29

Peruntukan yang berhubungan dengan penangkapan tanpa waran

of Akta Zon Bebas 1990

ActIn forceProvision 35 of 65
Seksyen 29
(1)

Seseorang pegawai kastam yang membuat tangkapan tanpa waran hendaklah, tanpa kelengahan yang tidak perlu dan tertakluk pada peruntukan Akta ini, tentang jaminan atau pelepasan yang terdahulu, membawa atau menghantar orang yang ditangkap itu ke Mahkamah Majistret.

(2)

Tiada seorang pegawai kastam pun boleh menahan dalam jagaan seseorang yang ditangkap tanpa waran bagi suatu tempoh yang lebih lama daripada yang di bawah hal keadaan kes itu adalah munasabah; dan tempoh itu tidak boleh melebihi dua puluh empat jam tidak termasuk masa yang diperlukan untuk perjalanan dari tempat tangkapan itu ke Mahkamah Majistret itu.

(3)

Tiada seorang pun yang telah ditangkap oleh seorang pegawai kastam boleh dilepaskan kecuali atas bonnya sendiri atau jaminan atau di bawah suatu perintah khas bertulis oleh seorang Majistret atau seorang pegawai kanan kastam.