Skip to content

Seksyen 32

Kesalahan oleh kumpulan orang, dan pekhidmat dan ejen

of Akta Zon Bebas 1990

ActIn forceProvision 40 of 65
Seksyen 32
(1)

Jika sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh suatu syarikat,

36

Undang-Undang Malaysia suatu firma, suatu pertubuhan, suatu persatuan atau kumpulan orang yang lain, mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang serupa bagi syarikat, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain itu, pekongsi atau pengurus firma itu atau, mana-mana orang lain yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa sifat yang sedemikian atau, mana-mana orang yang mempunyai tanggungjawab atau kawalan ke atas syarikat, firma, pertubuhan, persatuan atau kumpulan orang yang lain itu hendaklah disifatkan sebagai bersalah kerana melakukan kesalahan itu, melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk mengelakkan berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, memandang kepada jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.

(2)

Jika mana-mana orang boleh dikenakan di bawah Akta ini apa-apa hukuman, penalti atau pelucuthakan kerana apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh dikenakan hukuman, penalti atau pelucuthakan yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, atau keingkaran yang dilakukan oleh mana-mana kerani, pekhidmat atau ejennya, atau oleh kerani atau pekhidmat bagi ejen itu dengan syarat bahawa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh kerani atau pekhidmat itu dalam penjalanan pekerjaannya atau oleh ejen itu ketika bertindak bagi pihak orang itu atau oleh kerani atau pekhidmat bagi ejen itu ketika bertindak dalam penjalanan pekerjaannya dalam hal keadaan di mana jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu dilakukan oleh ejen itu, prinsipalnya akan bertanggungan di bawah seksyen ini.