Skip to content

Seksyen 30A

Kewajipan kerahsiaan

of Akta Zon Bebas 1990

ActIn forceProvision 37 of 65
Seksyen 30A
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 31, nama dan alamat seseorang pemberi maklumat dan substans maklumat yang diterima daripada seseorang pemberi maklumat hendaklah dirahsiakan dan tidak boleh didedahkan oleh mana-mana pegawai kastam yang hak atau mana-mana orang yang dalam perjalanan biasa tugasnya memperoleh atau mengawal atau mendapat akses kepada maklumat itu kepada mana-mana orang kecuali pegawai kastam ditetapkan yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.