Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XIII · Kajian Semula dan Rayuan
128. Keanggotaan Tribunal
Feedback & supportTribunal hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
seorang Pengerusi Tribunal dan sekian bilangan Timbalan
Pengerusi daripada kalangan anggota Perkhidmatan
Kehakiman dan Perundangan; dan
tidak kurang daripada lima anggota lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri, daripada kalangan orang yang, pada pendapat Menteri mempunyai pengetahuan yang luas atau pengalaman yang mendalam dalam apa-apa bidang aktiviti yang berhubungan dengan cukai barang dan perkhidmatan, kastam atau percukaian.
Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Tribunal yang lain hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun, yang selepas itu mereka adalah layak untuk dilantik semula apabila habis tempoh jawatan mereka tetapi mereka tidak boleh dilantik bagi lebih daripada tiga tempoh berturut-turut.
Menteri hendaklah menentukan saraan dan terma dan syarat yang lain bagi pelantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan anggota Tribunal yang lain.
Penjalanan sementara fungsi Pengerusi