Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XIII · Kajian Semula dan Rayuan
138. Section 138
Feedback & supportJika suatu rayuan dikemukakan kepada Tribunal dan rayuan itu adalah dalam bidang kuasa Tribunal, isu yang dipertikaikan dalam rayuan itu, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam rayuan yang mula-mula atau sebagaimana yang timbul dalam perjalanan pendengaran itu, tidak boleh menjadi hal prosiding antara pihak-pihak yang sama dalam mana-mana mahkamah melainkan jika—
prosiding di hadapan mahkamah telah dimulakan sebelum rayuan itu dikemukakan kepada Tribunal; atau
rayuan di hadapan Tribunal itu telah ditarik balik, ditinggalkan atau dibatalkan.
Jika perenggan (1)(a) terpakai, isu yang dipertikaikan dalam rayuan yang prosiding itu berhubungan dengannya, sama ada sebagaimana yang ditunjukkan dalam rayuan yang mula-mula atau yang timbul semasa perjalanan pendengaran itu, tidak boleh
Undang-Undang Malaysia 142
menjadi hal prosiding antara pihak-pihak yang sama di hadapan
Tribunal melainkan jika prosiding di hadapan mahkamah telah ditarik balik, ditinggalkan atau dibatalkan.