Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian XIII · Kajian Semula dan Rayuan

135. Pendengaran rayuan

Feedback & support
(1)

Sidang bagi tiap-tiap rayuan hendaklah terdiri daripada suatu panel yang mempunyai tiga anggota.

Undang-Undang Malaysia 140

(2)

Dalam tiap-tiap rayuan Tribunal hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi.

(3)

Keputusan panel hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota yang membentuk panel itu.

(4)

Jika seorang anggota panel selain Pengerusi atau Timbalan

Pengerusi di bawah subseksyen (1) meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya untuk menjalankan fungsinya sebagai seorang anggota, prosiding itu hendaklah diteruskan di hadapan, dan keputusan hendaklah diberikan oleh, anggota panel yang tinggal, tidak boleh kurang daripada dua orang, dan panel hendaklah, bagi maksud prosiding itu, disifatkan sebagai dibentuk dengan sewajarnya walaupun dengan kematian atau ketidakupayaan anggota yang disebut terdahulu itu.

(5)

Dalam hal di bawah subseksyen (4), keputusan hendaklah ditentukan mengikut pendapat majoriti anggota panel yang tinggal, dan jika tiada majoriti, Pengerusi atau Timbalan Pengerusi yang mempengerusikan prosiding itu hendaklah mempunyai undi kedua atau undi pemutus.

(6)

Jika Pengerusi atau Timbalan Pengerusi yang mempengerusikan apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu rayuan meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya, atau atas apa-apa sebab lain tidak dapat menyelesaikan atau membereskan prosiding itu, rayuan itu hendaklah didengar semula, melainkan jika pihak-pihak itu bersetuju supaya rayuan itu diteruskan oleh Timbalan Pengerusi yang lain.

(7)

Jika tempoh pelantikan mana-mana anggota panel habis tempoh selama apa-apa prosiding belum selesai berkenaan dengan suatu rayuan, tempoh pelantikannya hendaklah disifatkan sebagai dilanjutkan sehingga pemberesan muktamad rayuan itu.

(8)

Tribunal boleh bersidang dalam satu sidang atau lebih pada bila-bila hari dan masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.

Report

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules