Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XIII · Kajian Semula dan Rayuan
132. Pengosongan jawatan dan pelantikan pemangkuan
Feedback & support(1)
Jawatan mana-mana anggota Tribunal hendaklah menjadi kosong dengan—
(a)
kematiannya;
(b)
peletakan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis; atau
(c)
habisnya tempoh pelantikannya.
(2)
Menteri hendaklah melantik mana-mana orang mengikut seksyen 128 untuk menggantikan Pengerusi, mana-mana Timbalan
Pengerusi atau mana-mana anggota yang lain semasa kekosongan jawatan Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau anggota yang lain itu.
(3)
Penjalanan kuasa atau pelaksanaan fungsi Tribunal tidaklah terjejas hanya kerana terdapat kekosongan dalam keanggotaan
Tribunal itu.