Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian XIII · Kajian Semula dan Rayuan

142. Section 142

Feedback & support
(1)

Apa-apa prosiding di hadapan Tribunal hendaklah dikendalikan tanpa mengambil kira formaliti dan perkara teknikal dan Tribunal boleh—

(a)

mendapatkan dan menerima keterangan secara bersumpah atau pengakuan, sama ada bertulis atau lisan, dan memeriksa mana-mana orang sebagai saksi, sebagaimana yang difikirkan oleh Tribunal perlu untuk didapatkan, diterima atau diperiksa;

(b)

menghendaki pengemukaan buku, kertas, dokumen, rekod dan benda di hadapannya;

(c)

mengendalikan sumpah, pengakuan atau akuan berkanun, mengikut kehendak keadaan;

(d)

mendapatkan dan menerima apa-apa keterangan yang lain dan membuat apa-apa siasatan yang lain sebagaimana yang difikirkannya patut;

(e)

memanggil pihak kepada prosiding itu atau mana-mana orang lain supaya hadir di hadapannya untuk memberikan keterangan atau untuk mengemukakan apa-apa dokumen, rekod atau benda lain yang dalam milikannya atau selainnya untuk membantu Tribunal dalam pertimbangtelitiannya;

(f)

menerima keterangan pakar; dan

(g)

secara amnya mengarahkan dan melakukan segala perkara yang perlu atau suai manfaat bagi mempercepat penentuan tuntutan itu.

Undang-Undang Malaysia 144

(2)

Suatu saman yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah disampaikan dan dikuatkuasakan seolah-olah ia suatu saman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Sesyen.

Tribunal boleh meminta maklumat

Report

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules