Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XIII · Kajian Semula dan Rayuan
130. Menteri boleh membatalkan pelantikan seseorang anggota
Feedback & supportTribunal yang dilantik di bawah perenggan 128(1)(b) jika—
kelakuannya, sama ada berkaitan dengan kewajipannya sebagai anggota Tribunal atau selainnya, telah mencemar nama baik Tribunal;
dia menjadi tidak berupaya untuk menjalankan kewajipannya secara wajar sebagai anggota Tribunal;
telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan atau pertuduhan-pertuduhan berkenaan dengan—
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;
suatu kesalahan di bawah Akta ini, Akta Kastam 1967 atau Akta Eksais 1976; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun;
dia dihukum bankrap;
dia didapati atau diisytiharkan sebagai tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwalnya; atau
dia tidak menghadiri sidang Tribunal tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi.