Skip to content
RepealedAs enactedRead it in English

Bahagian XIII · Kajian Semula dan Rayuan

140. Section 140

Feedback & support
(1)

Tribunal hendaklah, berkenaan dengan tiap-tiap rayuan dalam bidang kuasanya, menilai sama ada, dalam segala hal keadaan, adalah wajar bagi Tribunal untuk membantu pihak-pihak kepada prosiding untuk merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan rayuan itu.

(2)

Tanpa mengehadkan keluasan subseksyen (1), dalam membuat suatu penilaian Tribunal hendaklah mengambil kira apa-apa faktor yang pada pendapat Tribunal, mungkin mencacatkan kemampuan salah satu atau kedua-dua pihak untuk merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui.

(3)

Jika pihak-pihak mencapai suatu penyelesaian yang dipersetujui, Tribunal hendaklah meluluskan dan merekodkan penyelesaian itu dan penyelesaian itu hendaklah berkuat kuasa seolah-olah penyelesaian itu ialah keputusan Tribunal.

(4)

Jika—

(a)

ternyata pada Tribunal bahawa adalah tidak wajar untuk

Tribunal membantu pihak-pihak untuk merundingkan suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan rayuan itu; atau

(b)

pihak-pihak tidak dapat mencapai suatu penyelesaian yang dipersetujui berhubung dengan rayuan itu,

Tribunal hendaklah meneruskan untuk memutuskan rayuan itu.

Cukai Barang dan Perkhidmatan 143

Report

Bahagian XIV

Bahagian XV

Zon Perdagangan Bebas

Bahagian XVI

Bahagian XVII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Jualan 1972

Bahagian XVIII

Pemansuhan dan Kecualian Akta Cukai Perkhidmatan 1975

Bahagian XIX

Schedules