Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XIII · Kajian Semula dan Rayuan
146. Keputusan Tribunal adalah mengikat
Feedback & support(1)
Sesuatu keputusan Tribunal adalah—
(a)
mengikat semua pihak kepada prosiding itu; dan
(b)
disifatkan sebagai suatu perintah Mahkamah Sesyen dan dikuatkuasakan dengan sewajarnya oleh pihak kepada prosiding itu.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(b), Setiausaha hendaklah menghantar suatu salinan keputusan yang dibuat oleh Tribunal kepada Mahkamah Sesyen yang mempunyai bidang kuasa di tempat yang berhubungan dengan keputusan itu atau di tempat yang keputusan itu telah dibuat dan Mahkamah hendaklah menyebabkan salinan itu direkodkan.