Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 · As enacted · Bahagian XIII · Kajian Semula dan Rayuan
152. Section 152
Feedback & support(1)
Tribunal boleh, pada penutup prosiding di hadapannya, memerintahkan supaya apa-apa barang, dokumen, rekod, bahan, benda atau harta lain yang dikemukakan semasa prosiding diserahkan kepada pemunya yang sah atau dilupuskan mengikut cara yang difikirkannya patut.
(2)
Jika tiada orang mengambil serahan barang, dokumen, rekod, bahan, benda atau harta lain yang disebut dalam subseksyen (1)
selepas tempoh enam bulan, pemunyaan barang, dokumen, rekod, bahan, benda atau harta lain hendaklah disifatkan telah berpindah kepada dan menjadi terletak hak pada Kerajaan.