Industrial Designs Act 1996 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian III · Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian
13A. Pendaftaran tertentu tidak boleh dilanjutkan atau dimasukkan semula
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana peruntukan lain Akta ini, jika sebelum Akta Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu 2000 mula berkuat kuasa suatu reka bentuk perindustrian yang terpakai bagi sesuatu litar bersepadu atau suatu bahagian sesuatu litar bersepadu mengikut pengertian Akta itu atau suatu reka bentuk perindustrian yang terpakai bagi sesuatu pencontoh yang digunakan untuk membuat litar bersepadu sedemikian telah didaftarkan di bawah Akta ini, pendaftaran itu tidak boleh dilanjutkan atau dimasukkan semula pada bila-bila masa pada atau selepas permulaan kuat kuasa itu.