Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian III · Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian

23. Pendaftaran reka bentuk perindustrian yang sama berkenaan dengan barang lain

Feedback & support
(1)

Jika suatu reka bentuk perindustrian sudah didaftarkan berkenaan dengan apa-apa barang dan pemunya reka bentuk perindustrian itu membuat suatu permohonan—

(a)

untuk mendaftarkan, berkenaan dengan satu barang lain atau lebih, reka bentuk perindustrian berdaftar itu; atau

(b)

untuk mendaftarkan, berkenaan dengan barang yang sama atau satu barang lain atau lebih, suatu reka bentuk perindustrian yang terdiri daripada reka bentuk perindustrian berdaftar itu dengan ubahsuaian atau kelainan yang tidak mencukupi untuk mengubah ciri atau untuk secara substansial menyentuh identitinya, permohonan itu tidak boleh ditolak, dan pendaftaran yang dibuat berasaskan permohonan itu tidak boleh dibatalkan semata-mata disebabkan oleh pendaftaran yang terdahulu, atau apa-apa penzahiran atau penggunaan selepas tarikh prioriti berkenaan dengan permohonan bagi pendaftaran yang terdahulu, reka bentuk perindustrian yang telah didaftarkan berasaskan permohonan itu.

(2)

Tempoh pendaftaran sesuatu reka bentuk perindustrian yang didaftarkan mengikut seksyen ini tidak boleh dilanjutkan melebihi tempoh pendaftaran reka bentuk perindustrian berdaftar yang asal dan apa-apa tempoh lanjutan kepada tempoh itu.

Report

Bahagian IV

Tempoh Pendaftaran

Bahagian V

Hak Pemunya, Penyerahhakan dan Perpindahan

Bahagian VI

Pelanggaran

Bahagian VII

Kesalahan

Bahagian VIII

Kuasa Lain Pendaftar

Bahagian IX

Pelbagai