Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Bahagian III · Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian

21. Penelitian

Feedback & support
(1)

Jika sesuatu permohonan untuk mendaftarkan suatu reka bentuk perindustrian telah diuntukkan tarikh pemfailan dan permohonan itu tidak ditarik balik, Pendaftar hendaklah menyebabkan permohonan itu diteliti bagi menentukan sama ada ia memenuhi kehendak formal.

(2)

Jika, hasil daripada penelitian itu, telah ditentukan bahawa permohonan itu tidak memenuhi kehendak formal, Pendaftar

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 552

hendaklah memberitahu pemohon dan memberinya suatu peluang untuk memberikan pandangan tentang keputusan itu dan untuk meminda permohonan dalam tempoh yang ditetapkan supaya kehendak itu dipenuhi.

(3)

Jika, dalam tempoh yang ditetapkan, pemohon gagal meyakinkan Pendaftar bahawa kehendak formal telah dipenuhi atau meminda permohonan supaya kehendak itu dipenuhi, Pendaftar boleh enggan mendaftarkan reka bentuk perindustrian itu.

(4)

Pendaftar tidak boleh enggan di bawah subseksyen (3) untuk mendaftarkan sesuatu reka bentuk perindustrian sehingga pemohon sudah diberi peluang untuk didengar.

(5)

Dalam seksyen ini, “kehendak formal” ertinya kehendak Akta ini dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan itu sebagai kehendak formal bagi maksud Akta ini.

Report

Bahagian IV

Tempoh Pendaftaran

Bahagian V

Hak Pemunya, Penyerahhakan dan Perpindahan

Bahagian VI

Pelanggaran

Bahagian VII

Kesalahan

Bahagian VIII

Kuasa Lain Pendaftar

Bahagian IX

Pelbagai