Skip to content

Seksyen 17

Tarikh prioriti dan hak prioriti di bawah triti atau konvensyen

of Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996

ActIn forceProvision 18 of 51
Seksyen 17
(1)

Tertakluk kepada seksyen ini, tarikh prioriti sesuatu permohonan untuk mendaftarkan suatu reka bentuk perindustrian ialah tarikh pemfailan permohonan itu.

(2)

Sesuatu permohonan boleh, menurut mana-mana triti atau konvensyen antarabangsa yang Malaysia menjadi satu pihak kepadanya, mengandungi akuan yang menuntut prioriti satu permohonan negara, serantau atau antarabangsa atau lebih yang terdahulu yang difailkan oleh pemohon atau pendulunya dalam hakmilik dalam atau bagi mana-mana negara yang menjadi pihak kepada triti atau konvensyen itu, dan dalam mana-mana kes sedemikian, tarikh prioriti hendaklah tarikh terawal permohonan negara, serantau atau antarabangsa itu difailkan:

Dengan syarat bahawa permohonan yang dibuat di bawah Akta ini telah difailkan dalam tempoh enam bulan dari tarikh terawal itu.

(3)

Jika permohonan itu mengandungi suatu akuan di bawah subseksyen (2), Pendaftar boleh menghendaki supaya pemohon itu, dalam masa yang ditetapkan, memberikan satu salinan permohonan yang terdahulu yang diperakui sebagai betul oleh pejabat di mana ia telah difailkan.

(4)

Kesan akuan yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah sebagaimana yang diperuntukkan dalam triti atau konvensyen yang disebut dalam subseksyen itu.

(5)

Jika mana-mana kehendak seksyen ini atau mana-mana peraturan yang berkaitan dengannya telah tidak dipatuhi, maka akuan yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah dianggap tidak sah.