Industrial Designs Act 1996 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian III · Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian
22. Pendaftaran dan penyiaran
Feedback & supportJika Pendaftar berpuas hati bahawa suatu permohonan untuk mendaftarkan suatu reka bentuk perindustrian mematuhi kehendak seksyen 21, dia hendaklah—
mendaftarkan reka bentuk perindustrian itu dengan merekodkan butir-butir yang ditetapkan dalam Daftar;
dan
mengeluarkan kepada pemohon perakuan pendaftaran reka bentuk perindustrian itu dalam bentuk yang ditetapkan.
Dengan seberapa segera yang mungkin selepas itu Pendaftar hendaklah menyebabkan disiarkan dalam Warta—
suatu notis bahawa reka bentuk perindustrian itu telah didaftarkan;
nama dan alamat pemunya berdaftarnya; dan
apa-apa perkara yang membentuk atau berhubungan
Reka Bentuk Perindustrian 21
dengan reka bentuk perindustrian itu yang pada fikirannya wajar disiarkan.
Perakuan pendaftaran hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan dalamnya dan kesahan pendaftaran.