Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English
Contents

Bahagian V · Syarikat Amanah Labuan

61. Pendaftaran syarikat amanah

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen 60, seseorang yang diperbadankan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat Labuan 1990 boleh memohon kepada Lembaga, dalam borang yang ditentukan, bagi lesen untuk menjalankan perniagaan syarikat amanah di Labuan.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 83

(2)

Seseorang pemohon boleh memohon kepada Lembaga bagi lesen di bawah subseksyen (1) dengan memenuhi kriteria yang berikut:

(a)

pemohon telah menyumbangkan sekurang-kurangnya jumlah yang setara dengan satu ratus lima puluh ribu ringgit dalam apa-apa mata wang asing kepada modal atau dana kerja syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing itu;

(b)

pemohon itu sama ada—

(i)

telah mendapatkan, atau akan mendapatkan suatu polisi insurans tanggung rugi profesional dengan perlindungan yang tidak kurang daripada satu juta ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain yang ditentukan oleh

Lembaga; atau

(ii)

telah mendepositkan dengan Lembaga cagaran yang bernilai satu ratus ribu ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun atau jenis mata wang lain yang ditentukan oleh Lembaga;

(c)

pemohon itu dapat menunaikan obligasinya, termasuk liabilitinya kepada pemegang syernya; dan

(d)

pengarah dan pegawai pemohon yang bertanggungjawab bagi pengurusan syarikat amanah Labuan di Labuan, adalah orang yang layak dan sesuai.

(3)

Sesuatu syarikat amanah Labuan hendaklah mempunyai—

(a)

sekurang-kurangnya dua pegawai amanah, seorang daripadanya hendaklah ditempatkan di Labuan; dan

(b)

tempat perniagaan di Labuan.

Undang-Undang Malaysia 84

Report

Bahagian VI

Perbankan Labuan

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules