Seksyen 77
Kuasa Lembaga
of Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam apa-apa surat cara amanah, jika Lembaga berpuas hati bahawa demi kepentingan suatu amanah persendirian adalah perlu bagi semua atau mana-mana amanah yang baginya syarikat amanah persendirian
Labuan itu bertindak sebagai pemegang amanah dipindahkan kepada pemegang amanah yang baru untuk ditadbirkan oleh pemegang amanah itu, Lembaga boleh mempetisyen mahkamah bagi maksud itu.
Undang-Undang Malaysia 94
Akta 704
(2)
Bila mana Lembaga mengambil tindakan menurut subseksyen (1), mahkamah boleh, selepas mendengar representasi daripada Lembaga atau mana-mana orang lain yang ternyata kepada mahkamah sebagai terjejas, memerintahkan pemindahan mana-mana amanah sedemikian kepada pemegang amanah yang baru, dan membuat apa-apa perintah tambahan atau sampingan atau memberikan apa-apa arahan yang difikirkan patut oleh mahkamah.
(3)
Tanpa menjejaskan apa-apa peruntukan di bawah mana-mana undang-undang bertulis, Lembaga hendaklah mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk membuat kehadiran, memulakan dan menjalankan prosiding menurut subseksyen (1).
(4)
Lembaga boleh menuntut kos guaman yang dilakukan dalam penjalanan kuasanya di bawah subseksyen (1) daripada orang yang berkenaan atau syarikat amanah persendirian Labuan, mengikut mana-mana yang berkenaan.