Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian V · Syarikat Amanah Labuan
82. Memegang simpan rekod
Feedback & support(1)
Suatu syarikat amanah Labuan hendaklah menyenggarakan apa-apa rekod yang dikehendaki disimpan di bawah Akta ini bagi suatu tempoh tidak kurang daripada enam tahun dari tarikh akaun itu ditutup atau transaksi itu disempurnakan atau ditamatkan.
(2)
Mana-mana syarikat amanah Labuan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.