Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English
Contents

Bahagian V · Syarikat Amanah Labuan

62. Terma dan syarat lesen

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh meluluskan permohonan bagi lesen sebagai syarikat amanah Labuan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat, jika ada, yang difikirkannya patut.

(2)

Tiap-tiap syarikat amanah Labuan hendaklah menyerahkan suatu notis dalam borang yang ditentukan kepada Lembaga mengenai—

(a)

apa-apa perubahan kepada tempat perniagaannya di Labuan;

dan

(b)

apa-apa pertukaran pegawai amanahnya, dalam masa tujuh hari dari tarikh berkuatkuasanya perubahan atau pertukaran yang dinyatakan itu.

(3)

Tiap-tiap syarikat amanah Labuan hendaklah sentiasa ditanggung rugi di bawah suatu polisi insurans tanggung rugi profesional dengan perlindungan yang tidak kurang daripada satu juta ringgit atau yang setara dengannya dalam apa-apa mata wang asing atau apa-apa amaun lain yang ditentukan oleh Lembaga sepanjang syarikat itu beroperasi sebagai suatu syarikat amanah

Labuan.

(4)

Tiada syarikat amanah Labuan boleh membuka apa-apa pejabat atau memperoleh atau menubuhkan apa-apa subsidiari di luar Labuan tanpa mendapatkan persetujuan bertulis Lembaga terlebih dahulu.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Perbankan Labuan

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules