Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 · Updated to 15 Oct 2022 · Bahagian V · Syarikat Amanah Labuan
68. Kuasa syarikat amanah Labuan untuk bertindak sebagai pemegang amanah tunggal
Feedback & supportSuatu syarikat amanah Labuan boleh dilantik atau terus bertindak sebagai pemegang amanah tunggal walaupun ada diperuntukkan oleh terma surat cara yang mewujudkan amanah itu atau mana-mana kuasa atau selainnya bahawa hendaklah ada lebih daripada satu pemegang amanah untuk melaksanakan amanah itu.
Walau apa pun subseksyen (1), suatu syarikat amanah
Labuan tidak boleh dilantik atau tidak berhak untuk bertindak sebagai pemegang amanah tunggal dalam apa-apa hal yang surat cara yang mewujudkan amanah atau kuasa itu dengan nyata—
melarang pelantikan suatu syarikat amanah Labuan;
Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 87
memperuntukkan bahawa hendaklah ada pemegang amanah lain sebagai tambahan kepada suatu syarikat amanah
Labuan; atau
memperuntukkan bahawa suatu syarikat amanah Labuan tidak boleh dilantik untuk bertindak sebagai pemegang amanah tunggal.