Skip to content
In forceUpdated to 15 Oct 2022Read it in English
Contents

Bahagian V · Syarikat Amanah Labuan

83. Wang yang dibayar kepada syarikat amanah Labuan hendaklah dipegang atas amanah

Feedback & support
(1)

Apa-apa wang, harta atau balasan bernilai lain yang dibayar atau diberikan atau dipegang oleh suatu syarikat amanah Labuan atas sifat fidusiarinya hendaklah sentiasa disimpan berasingan daripada wang, harta atau balasan bernilai syarikat amanah Labuan itu, dan hendaklah ditandakan sedemikian dalam buku syarikat amanah Labuan berhubungan dengan setiap amanah tertentu supaya sentiasa boleh dibezakan daripada mana-mana yang lain dalam daftar dan buku akaun lain yang disimpan oleh syarikat amanah

Labuan itu, supaya tidak sekali-kali wang, harta atau balasan bernilai itu menjadi sebahagian daripada atau bercampur dengan aset am syarikat amanah Labuan itu, dan semua pelaburan yang dibuat oleh syarikat itu sebagai pemegang amanah hendaklah ditetapkan sedemikian supaya amanah yang kepadanya pelaburan itu tergolong boleh dikenal pasti dengan mudah pada bila-bila masa.

(2)

Mana-mana syarikat amanah Labuan yang tidak mematuhi kehendak subseksyen (1) dan tiap-tiap pegawai syarikat amanah

Labuan itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 97

Report

Bahagian VI

Perbankan Labuan

Bahagian VII

Insurans Labuan

Bahagian VIII

Pengurusan Syarikat

Bahagian IX

Bahagian X

Organisasi Kawal Selia Sendiri

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Syarikat Labuan 1990.

Bahagian XI

Rayuan

Schedules