Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Lembaga
Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Lembaga
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seseorang pegawai penyiasat yang melakukan pemeriksaan ke atas mana-mana orang di bawah subseksyen 28E(1) boleh menahan orang itu selama apa-apa tempoh yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan itu, yang tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi dua puluh empat jam tanpa kebenaran seorang Majistret, dan boleh, jika perlu, memindahkan orang dalam jagaan ke tempat lain untuk memudahkan pemeriksaan itu.
Tiada seorang pun boleh diperiksa di bawah Bahagian ini kecuali oleh seseorang pegawai penyiasat yang sama jantinanya dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan memberikan perhatian teliti kepada kesopanan.
Bahagian III