Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Lembaga
28O. Perlindungan pemberi maklumat
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada subseksyen (2), jika apa-apa aduan yang dibuat oleh seseorang pegawai Lembaga menyatakan bahawa aduan telah dibuat berikutan maklumat yang diterima oleh pegawai yang membuat aduan itu, identiti orang yang daripadanya maklumat itu diterima hendaklah menjadi rahsia antara pegawai yang membuat aduan itu dengan orang yang memberikan maklumat itu, dan segala yang terkandung dalam maklumat itu yang berhubungan dengan identiti orang yang memberikan maklumat itu, tidak boleh dizahirkan atau dikehendaki untuk dizahirkan dalam apa-apa prosiding sivil, jenayah atau prosiding lain dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau kuasa lain.
Jika apa-apa buku, kertas atau dokumen lain, atau apa-apa rakaman visual atau rakaman bunyi, atau perkara lain atau bahan lain yang diberikan sebagai keterangan atau boleh diperiksa dalam apa-apa prosiding sivil, jenayah atau apa-apa prosiding lain dalam mana-mana mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa lain sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) mengandungi apa-apa catatan atau perkara lain yang dalamnya mana-mana orang yang memberikan maklumat itu dinamakan atau diperihalkan atau ditunjukkan, atau yang mungkin menyebabkan dia diketahui, mahkamah yang di hadapannya prosiding itu diadakan hendaklah menyebabkan supaya semua bahagian daripadanya atau petikan di dalamnya ditutup daripada penglihatan atau dipadamkan atau selainnya dialihkan setakat yang perlu untuk melindungi orang itu daripada diketahui.
Mana-mana orang yang memberikan maklumat yang disebut dalam subseksyen (1) yang mengetahui bahawa maklumat itu adalah palsu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, dan didenda tidak melebihi satu juta ringgit, dan bagi maksud apa-apa penyiasatan ke atas, atau pendakwaan, apa-apa kesalahan di bawah subseksyen ini, subseksyen (1) dan (2) tidak terpakai.
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 545
Bahagian III