Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian II · Lembaga

28M. Keterangan yang diambil di negara asing

(1)

Jika apa-apa keterangan diperoleh Lembaga di mana-mana kedutaan Malaysia, keterangan itu boleh diterima bagi mana-mana prosiding undang-undang di Malaysia dan keterangan itu hendaklah disifatkan telah diperoleh di Malaysia, walau apa pun apa-apa yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang bertulis.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, “kedutaan Malaysia” ertinya kedutaan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia dalam mana-mana negara asing.

Report

Bahagian III

Kewangan

Schedules