Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian II · Lembaga

28L. Kebolehterimaan terjemahan dokumen

(1)

Jika apa-apa dokumen yang hendak digunakan dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang adalah dalam sesuatu bahasa selain bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, terjemahan dokumen itu dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

hendaklah boleh diterima sebagai keterangan jika terjemahan itu disertakan dengan perakuan orang yang menterjemahkan dokumen itu yang menyatakan bahawa terjemahan itu suatu terjemahan yang tepat, benar dan betul dan terjemahan itu telah dibuat oleh orang itu atas kehendak pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga, Pendakwa

Raya atau seseorang pegawai mana-mana agensi penguat kuasa undang-undang tempatan.

(2)

Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi sesuatu dokumen yang diterjemahkan, tidak kira sama ada dokumen itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada terjemahan itu telah dibuat di dalam atau di luar Malaysia, atau sama ada milikan dokumen itu telah diperoleh oleh pegawai diberi kuasa Lembaga, Pendakwa Raya atau seseorang pegawai mana-mana agensi penguat kuasa undang-undang tempatan atau pihak berkuasa pengawalseliaan asing di luar

Malaysia.

Report

Bahagian III

Kewangan

Schedules