Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Lembaga
4B. Kuasa untuk mengeluarkan arahan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Walau apa pun mana-mana peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang lain yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Labuan, jika Lembaga berpuas hati bahawa adalah perlu untuk berbuat demikian bagi maksud melaksanakan objektif Lembaga, Lembaga boleh mengeluarkan arahan kepada suatu institusi kewangan Labuan berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut:
dasar yang hendaklah diikuti oleh institusi kewangan
Labuan itu yang berhubungan dengan penjalanan perniagaan institusi itu di Labuan;
penyeliaan dan pengawalseliaan institusi kewangan Labuan itu menurut undang-undang yang berhubungan dengan perkhidmatan kewangan Labuan;
dasar kewangan yang hendaklah dilaksanakan oleh institusi kewangan Labuan itu; dan
Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan 15
tindakan yang hendaklah diambil oleh institusi kewangan
Labuan itu yang berhubungan dengan anggotanya atau pekhidmatnya.
Mana-mana institusi kewangan Labuan yang tidak mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh didenda, apabila disabitkan—
dalam hal seseorang individu—
boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit; dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi dua ribu lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan atau perkongsian—
boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit; dan
bagi kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Bahagian III