Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Lembaga
Labuan Financial Services Authority Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian II · Lembaga
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
seorang Pengerusi;
Ketua Pengarah; dan
tidak kurang daripada tiga dan tidak lebih daripada tujuh orang lain, dua daripadanya hendaklah daripada sektor awam.
Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(c) hendaklah daripada kalangan orang yang mempunyai pengalaman yang relevan dalam perkara kewangan, komersil atau undang-undang.
Ketua Pengarah hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif
Lembaga dan hendaklah dipertanggungjawabkan dengan pentadbiran harian Lembaga.
Sekiranya Ketua Pengarah tiada atau tidak dapat bertindak kerana sakit atau apa-apa sebab lain, Pengerusi hendaklah melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjalankan fungsi Ketua
Pengarah.
Bahagian III